Google
 

14 April 2008

Mengatasi Masalah Komputer lembab

Dah x tahan dengan komputer yang sangat lambat. Untuk meng'upgread' ke lebih laju memerlukan sedikit ongkos. disini saya nak berkongsi bagaimana untuk mempercepatkan lagi kelajuan komputer...

1. Mempercepatkan ekses Folder (dengan men'disable'kan Last Access Update).

Jika anda memiliki banyak folder dan subdirectories, ekses ke setiap folder akan melambatkan lagi komputer anda. Ia dapat diselesaikan dengan mengupdate time stamp di registry, iaitu last access update untuk semua sub directory.

1. Start>Run>regedit
2. “HKEY_LOCAL_MACHINESystemCurrentControlSetContr olFileSystem”
3. Click bahagian kosong di sebelah kanan, click ‘DWORD Value’
4. Isikan DWORD Value dengan ‘NtfsDisableLastAccessUpdate’
5. Click kanan pada value, pilih ‘Modify’
6. Ubah data menjadi ‘1′
7. Klik ‘OK’

2. Disablekan bunyi loading Windows..

Windows akan membunyikan lagu tema dia seperti yang anda biasa dengar setiap kali menghidupkan komputer dan mematikannya. Bunyi tersebut akan melembabkan lagi komputer anda untuk loading. Untuk menghilangkan bunyi lagu tu dan ingin komputer anda terus masuk berjalan dengan segera, berikut langkah2nya:
1. Buka Control Panel
2. Click Sounds and Audio Devices
3. Click pada tab Sounds
4. Pilih “No Sounds” pada Sound Scheme
5. Click “No”
7. Click “Apply”
8. Click “OK”

3. Mempercepat Loading Windows Menu

Windows telah menetapkan masa untuk sesuatu menu keluar apabila di click.berikut cara untuk melajukan lagi masa untuk menu tersebut keluar:
1. Start>Run
2. Regedit>Ok
3. Cari “HKEY_CURRENT_USERControl PanelDesktop”
4. Pilih/Sorot “MenuShowDelay”
5. Klik kanan dan pilih “Modify’
6. Ketik angka “100″ (aslinya 400)
Angka 50-150 adalah kisaran yg baik, bisa disesuaikan dengan Mood anda

6. Mempercepat Loading Program.
Tweak kebiasaannya digunakan untuk menjalankan sebahagian program yang besar-besar. Kdangkala komputer kita menjalankan program tersebut dengan lambat dan kadang-kala ia tidak berjalan langsung.Ikuti langkah ini.

1. Click kanan pada icon/shortcut yg berkaitan dengan program.
2. Click properties
3. Pada kotak ‘target’, tambahkan ‘ /prefetch:1′ di hujung ayat.
4. Klik “Ok”

7. Mempercepat Shutdown Windows XP.
Kita terpaksa menunggu lama untuk komputer tutup.Bimbang jika dibiarkan, komputer tidak dapat tutup seperti yang diharapkan dan akan terbiar macamtu sahaja. Untuk mempercepatkan lagi masa Shutdown Win XP seperti berikut:
1. Start>Run
2. ‘Regedit’>OK
3. ‘HKEY_CURRENT_USERControl PanelDesktop’
4. Cari ‘WaitToKillAppTimeout’
5. Click kanan dan pilih modify
6. Ubah value menjadi ‘1000′ (aslinya 20000)
7. Click ‘OK’
8. Cari ‘HungAppTimeout’
9. Klik kanan dan pilih modify
10. Ubah value menjadi ‘1000′
11. Click ‘OK’
12. ‘HKEY_USERS.DEFAULTControl PanelDesktop’ sorot WaitToKillAppTimeout’
13. Click kanan dan pilih modify
15. Ubah value ke ‘1000′ (aslinya 20000)
16. Click ‘OK’
17. ‘HKEY_LOCAL_MACHINESystemCurrentControlSetContr ol’ cari ‘WaitToKillServiceTimeout’
19. Click kanan dan pilih modify
20. Ubah value menjadi ‘1000′
21. Click ‘OK’

10 April 2008

CMS (content management system)

Sistem Pengurusan Kandungan (content management system (CMS)) ialah sebuah perisian komputerpengurusan kandungan. Sebuah CMS menguruskan pelbagai dokumen dan kandungan yang lain seperti imej dan sumber-sumber multimedia. Sebuah sistem pengurusan kandungan laman web ialah sebuah sistem pengurusan kandungan dengan ciri-ciri tambahan untuk mempermudahkan langkah-langkah untuk menerbitkan kandungan web ke dalam laman web. yang membantu pengguna-penggunanya dalam proses

Sistem pengurusan kandungan web biasanya digunakan sebagai tempat menyimpan, mengawal, dan menerbitkan dokumen-dokumen seperti artikel-artikel berita, manual pengguna, manual teknikal, panduan jualan, dan risalah-risalah penjualan. Sebuah sistem pengurusan kandungan boleh menyokong ciri-ciri berkenaan:

  • Mencipta dan mengimport dokumen serta bahan-bahan multimedia.
  • Mengenal pasti pengguna-pengguna utama serta tanggungjawab pengurusan kandungan mereka.
  • Kebolehan untuk membahagikan peranan serta tanggungjawab dalam kategori-kategori kandungan yang berbeza.
  • Mengdefinasikan tugas-tugas penting supaya pengurus kandungan dapat diberitahu tentang sebarang pengubahsuaian dalam isi kandungan.

SISTEM PENGURUSAN KANDUNGAN WEB

Sistem pengurusan kandungan web ialah sebuah sistem komputer yang digunakan untuk mengurus dan mengawal koleksi dinamik sumber web yang besar (dokumen-dokumen HTML dan imej-imej yang berkaitan). Sebuah CMS mempermudahkan pengawalan dokumen, penyuntingan, dan waktu pengurusan. Sebuah CMS web menyediakan ciri-ciri berkenaan:

  • Reka bentuk automatik: Mencipta reka bentuk piawai yang boleh digunakan secara automatik kepada kandungan baru serta sedia ada. Ini membolehkan setiap laman mempunyai reka bentuk yang sama.
  • Kandungan yang mudah disunting: Sebaik sahaja kandungan anda diasingkan daripada reka bentuk laman web anda, ia boleh memudahkan kerja-kerja penyuntingan. Kebanyakan perisian CMS mempunyai alat penyuntingan WYSIWYG yang membolehkan kandungan disunting.
  • Modul dan panel: Kebanyakan CMS mempunyai modul dan panel yang boleh dipasang secara mudah untuk memperluaskan fungsi sesebuah laman web.
  • Peningkatan web: CMS yang aktif biasanya sentiasa mempunyai pengemaskinian untuk membolehkan set sentiasa diparas semasa.
  • Pengurusan Dokumen: Perisian CMS sentiasa membolehkan pengdokumentasian berlaku.

SEJARAH

Penggunaan terma Sistem Pengurusan Kandungan pada asalnya digunakan untuk penerbitan laman web dan sistem pengurusan. Sistem pengurusan kandungan awal dihasilkan untuk kegunaan dalaman organisasi-oganisasi yang banyak menerbitkan web. Contohnya seperti majalah dalam talian, surat-surat khabar, dan surat berita syarikat-syarikat korporat. Pada tahun 1995, CNET menjadikan sistem penerbitan dan pengurusan dokumen web menjadi sebuah syarikat berbeza iaitu Vignette. Hal ini membolehkan pasaran komersial sistem pengurusan kandungan untuk dibuka.

Dengan berlakunya evolusi pasaran, skop produk yang dipromosikan sebagai sistem pengurusan kandungan bertambah. Sistem Wiki juga dikategorikan sebagai sistem pengurusan kandungan.

OPERASI

Sebuah sistem pengurusan kandungan biasanya beroperasi di pelayan laman web berkenaan. Kebanyakan sistem menyediakan pengaksesan terkawal bagi pangkat-pengkat pengguna yang berbeza seperti penyelia, penyunting, dan pencipta kandungan. Akses selalunya melalui pelayar web dan sedikit penggunaan FTP untuk memuatnaik kandungan.

Pencipta kandungan menghantar dokumen mereka ke sistem. Penyunting memberi komen, menerima atau menolak dokumen. Pereka bentuk web mereka bentuk laman web. Ketua penyunting bertanggungjawab menerbitkan hasil kerja ke dalam laman web. Sistem Pengurusan Kandungan membantu menguruskan setiap langkah dalam hasil kerja ini termasuklah dalam tugas-tugas teknikal menerbitkan dokumen ke dalam pelayan web.

Kandungan serta maklumat-maklumat yang berkaitan dengan laman web selalunya akan disimpan di dalam pelayan. Sistem pengurusan kandungan akan menyimpan rekod penyuntingan lama serta penyuntingan yang terkini.

Laman-laman yang dikawal dan diterbitkan melalui sistem pengurusan kandungan dapat dilihat oleh pengunjung yang melawat laman web berkenaan.

Dalam organisasi-organisasi besar, pelayan berasaskan dokumen perlu berkomunikasi dengan aplikasi komputer dan Pengurusan Dokumen Terbuka API untuk beroperasi. Hal ini memudahkan kerja serta menjimatkan masa dan kos dalam pengurusan dokumen secara keseluruhannya. Ia juga membantu perjalanan serta aplikasi dokumen-dokumen ini.

ISTILAH PENGELASAN

Istilah-istilah berkenaan sentiasa digunakan dalam hubungan dengan sistem pengurusan kandungan web tetapi ia juga mungkin tidak boleh dianggap sebagai piawai atau universal:

  • Sekat - Sekat ialah pautan kepada satu seksyen dalam laman web. Sekatan selalunya dapat dilihat di semua laman dalam web atau hanya di halaman utama.
  • Modul - Kandungan modul ialah sebuah seksyen dalam laman web, contohnya sebuah koleksi artikel-artikel berita, seksyen soalan-soalan lazim (FAQ), dan sebagainya. Sesetengah sistem kandungan maklumat juga mempunyai modul-modul istimewa contohnya modul sistem dan pentadbiran.
  • Tema - Sebuah tema mengawal reka bentuk setiap laman dalam laman web. Contohnya mengawal reka bentuk warna dan aksara laman.

JENIS-JENIS CMS

  • CMS berasaskan modul. Kebanyakan tugas dalam pengurusan dokumen disediakan oleh modul-modul CMS. Modul-modul asas adalah penyuntingan, pengubahsuaian dan penerbitan.
  • CMS berasaskan trasnformasi bahasa dokumen. Menyediakan fungsi-fungsi reka bentuk dan sebagainya.


Lebih lanjut tentang Joomla

Apa itu Joomla?

Joomla! ialah sebuah sistem pengurusan kandungan sumber terbuka yang diedarkan secara percuma. Ia ditulis dalam bahasa pengaturcaraan PHP untuk menerbitkan kandungan ke laman web dan intranet dengan menggunakan Pangkalan data MySQL.

Ciri-ciri unik Joomla! termasuklah laman cache untuk meningkatkan prestasi, RSS, laman boleh cetak, berita terkini, blog, undian, carian laman, dan bahasa-bahasa.

Nama "Joomla" diambil daripada perkataan Swahili iaitu jumla yang bermaksud "mari bersama-sama" atau "secara keseluruhannya". Ia dipilih bagi menunjukkan komitmen pasukan pembangunan dan komuniti projek berkenaan. Keluaran pertama Joomla! (Joomla! 1.0.0) diumumkan pada 16 September 2005. Ini adalah keluaran penjenamaan semula Mambo 4.5.2.3 digabungkan dengan pembaikan keselamatan serta pepijat komputer. Di peta laman projek ini, pasukan pembangunan asas menyatakan bahawa Joomla! 1.5 adalah kod yang ditulis semula dengan dibinan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP 5.

Joomla! dibebaskan di bawah Lesen Dokumentasi Bebas GNU.

SEJARAH

Joomla! mula terjadi apabila terjadinya pembangunan perisian daripada versi Mambo diantara Miro Corporation dari Australia, pemegang hak cipta Mambo pada masa itu, dan kesemua ahli pemaju pusat. Kedua-dua kumpulan berpisah pada 17 Ogos 2005. Miro Corporation menubuhkan sebuah yayasan dengan tujuan untuk menaja projek itu dan melindunginya daripada tindakan undang-undang. Pasukan pembangunan mendakwa bahawa banyak struktur yayasan berkenaan melanggari perjanjian yang dibuat oleh Jawatankuasa Mambo yang dilantik. Mereke juga mendakwa kurangnya perbincangan dengan pemegang saham utama dan melanggari nilai-nilai asas Sumber Terbuka.

Pasukan pembangunan mencipta sebuah laman web yang dipanggil OpenSourceMatters untuk mengedarkan maklumat kepada para pengguna, pemaju, pereka web dan komuniti secara amnya. Ketua projek pada waktu itu, Andrew Eddie, juga dikenali sebagai "MasterChief," menulis sepucuk surat terbuka kepada komuniti, yang mucul di papan pemberitahuan di forum awam di mamboserver.com.


Menjelang keesokkan hari, 1000 orang telah menyertai laman forum opensourcematters.org dengan kebanyakan mesej menunjukkan perkataan-perkataan semangat dan galakan kepada Pasukan Pembangunan. Laman web berkenaan menerima komen dan artikel berita berhubung peristiwa berkenaan di newsforge.com, eweek.com, and ZDnet.com. CEO Miro, Peter Lamont, memberi respon awam di dalam artikel bertajuk Kontroversi Sumber Terbuka - 20 Soalan Bersama Miro.

Peristiwa ini telah mengakibatkan komuniti sumber terbuka berfikir semula tentang apa tafsiran "Sumber Terbuka". Laman-laman forum di kebanyakan projek sumber terbuka dibanjiri dengan mesej-mesej menyokong dan menentang tindakan kedua-dua pihak berkenaan. Khabar-khabar angin dan tuduhan tentang kesilapan yang dilakukan oleh Miro dan Yayasan Mambo mula menjadi hangat.

Dalam masa dua minggu selepas pengumuman Eddie, pasukan-pasukan mula disusun semula dan komuniti ini mula tumbuh. Pada 1 September 2005 nama baru diumumkan dengan sambutan berbeza oleh 3000+ penyokong setia Pasukan Pembangunan.

KANDUNGAN JOOMLA!

Pakej Joomla mengandungi pelbagai bahagian berbeza yang dibina untuk menjadi sebagai sebuah modular jika boleh. Hal ini akan membolehkan peralatan tambahan dan integrasi dijalankan dengan senang. Satu contoh berkenaan ialah sejenis benda yang dipanggil "Bot". Bots ialah sebuah modul yang jika diaktifkan boleh menambahkan fungsi Joomla. WikiBot, sebagai contoh, membolehkan pengarang kandungan Joomla menggunakan "Wikitags" dalam artikel-artikel Joomla, yang akan membina secara automatik pautan-pautan ke artikel-artikel Wikipedia apabila artikel ini diterbitkan. Beratus-ratus peralatan tambahan untuk Joomla juga dapat diperolehi melalui Direktori Peralatan Tambahan

KOMUNITI

Joomla! mengekalkan komuniti aktif yang rasmi dan tidak rasmi. Terdapat lebih 100,000 tajuk forum, 500,000 pos daripada 60,000 ahli dalam 40 buah bahasa.Laman-laman tidak rasmi diterbitkan dalam bahasa-bahasa berbeza terutamanya dengan peralatan tambahan Joomla! yang spesifik kepada sesetengah kawasan. Sebagai contoh, teks-teks sampingan yang menyokong penggunaan Abjad Ibrani dan Abjad Arab dapat ditemui di laman komuniti pihak ketiga. Pemaju web tidak rasmi juga membina peralatan tambahan serta reka bentuk web yang dijual secara komersial. Rekaan bentuk oleh pereka web persendirian juga wujud.

SEJARAH PENGELUARAN

  • 16 September 2005: Joomla! 1.0.0 [Sunrise] dikeluarkan (penjenamaan semula keluaran Mambo 4.5.2.3 yang digabungkan dengan pembaikan keselamatan dan masalah pepijat)
  • 21 September 2005: Joomla! 1.0.1 [Sunburst] dikeluarkan (Keluaran stabil)
  • 2 Oktober 2005: Joomla! 1.0.2 [Sunset] dikeluarkan (Keluaran stabil)
  • 14 Oktober 2005: Joomla! 1.0.3 [Sunlight] dikeluarkan (Keluaran keselamatan - Pembaikan ancaman peringkat sederhana)
  • 21 November 2005: Joomla! 1.0.4 [Sundial] dikeluarkan (Keluaran keselamatan - Pembaikan ancaman peringkat kritikal)
  • 21 Disember 2005: Joomla! 1.0.5 [Sunspot] dikeluarkan (Keluaran keselamatan - Pembaikan ancaman peringkat sederhana)
  • 15 Januari 2006: Joomla! 1.0.6 [Sunscreen] dikeluarkan (Keluaran keselamatan - Pembaikan ancaman peringkat rendah)
  • 15 Januari 2006: Joomla! 1.0.7 [Sunbolt] dikeluarkan (Keluaran keselamatan - Pembaikan ancaman peringkat kritikal)
  • 26 Februari 2006: Joomla! 1.0.8 [Sunshade] dikeluarkan (Keluaran keselamatan - Pembaikan ancaman peringkat sederhana)
  • 5 Jun 2006: Joomla! 1.0.9 [Sunshine] dikeluarkan (Keluaran keselamatan - Pembaikan ancaman peringkat rendah)
  • 25 Jun 2006: Joomla! 1.0.10 [Sundown] dikeluarkan (Keluaran keselamatan - Pembaikan ancaman peringkat kritikal)
  • 29 Ogos 2006: Joomla! 1.0.11 [Sunbow] dikeluarkan (Keluaran keselamatan - Pembaikan ancaman peringkat kritikal)
  • 25 Disember 2006: Joomla! 1.0.12 [Sunfire] dikeluarkan (Keluaran stabil - Pembaikan ancaman peringkat rendah)
  • 12 Oktober 2006: Joomla! 1.5 [BETA] dikeluarkan.


07 April 2008

Joomla!

Kesenangan adalah sesuatu yang dicari oleh setiap manusia. Apakah Joomla! Joomla dicipta untuk memenuhi keinginan pengguna untuk membangunkan laman web tanpa kita memikirkan dengan complex tentang PHP,CMS,HTML,MySql dan mcam2 lagi.

Kita tidak perlu mendalami ilmu programing untuk membangunkan laman web. dan tidak semestinya seseorang itu memerlukan latar belakang IT. Kita mesti membayangkan begitu susah untuk mejadikan sesebuah website apatah lagi dengan aplikasi tambahan seperti forum, buku tetamu, shoping chart, geleri gambar dan pelbagai lagi. Tapi dengan sedikit usaha kita untuk mempelajari tentang Joomla!, kita boleh menjalankan sebuah laman web. Semua aplikasi tersebut diberi secara percuma kerana ia dikembangkan dari segi open source.

Jika anda bercita2 untuk membangunkan sebuah laman web samada berbentuk personal, keluarga ataupun bisness, boleh la belajar sikit tentang Joomla! http://www.joomla.org, http://extensions.joomla.org, http://www.id-joomla.com.

<--- Control Panel yang disediakan oleh Joomla!
X payah pening pale pikir pasal PHP :)


04 April 2008

AL-Quran Tafsir

Salam pertemuan. Disini saya nak ambik kesempatan untuk menjual Al-Quran Tafsir bersaiz poket! Ape kelebihan Al-Quran ni?
  • Dah memang saiz poket la
  • Ade 3 warna (itam,biru,merah)
  • Berzip (macam dalam gambar)
  • Percuma CD, Al-Ma'sturat,Penanda
  • Ade 3 tali penanda
  • Tajwid berwarna
  • Ade index perkataan (ape tu??) kalo nak cari perkataan tentang ilmu, tengok kat belakang, ade diberitahu ayat dan mukasuratnye.
Bagi sesiapa yang berminat boleh la email ke thoriqmohd@gmail.com. Harga RM40. Charge untuk penghantaran percuma bagi semenanjung malaysia. Kalau dari arab ke, somalia ke, india ke kena charge lebih skit la.