Google
 

10 April 2008

Lebih lanjut tentang Joomla

Apa itu Joomla?

Joomla! ialah sebuah sistem pengurusan kandungan sumber terbuka yang diedarkan secara percuma. Ia ditulis dalam bahasa pengaturcaraan PHP untuk menerbitkan kandungan ke laman web dan intranet dengan menggunakan Pangkalan data MySQL.

Ciri-ciri unik Joomla! termasuklah laman cache untuk meningkatkan prestasi, RSS, laman boleh cetak, berita terkini, blog, undian, carian laman, dan bahasa-bahasa.

Nama "Joomla" diambil daripada perkataan Swahili iaitu jumla yang bermaksud "mari bersama-sama" atau "secara keseluruhannya". Ia dipilih bagi menunjukkan komitmen pasukan pembangunan dan komuniti projek berkenaan. Keluaran pertama Joomla! (Joomla! 1.0.0) diumumkan pada 16 September 2005. Ini adalah keluaran penjenamaan semula Mambo 4.5.2.3 digabungkan dengan pembaikan keselamatan serta pepijat komputer. Di peta laman projek ini, pasukan pembangunan asas menyatakan bahawa Joomla! 1.5 adalah kod yang ditulis semula dengan dibinan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP 5.

Joomla! dibebaskan di bawah Lesen Dokumentasi Bebas GNU.

SEJARAH

Joomla! mula terjadi apabila terjadinya pembangunan perisian daripada versi Mambo diantara Miro Corporation dari Australia, pemegang hak cipta Mambo pada masa itu, dan kesemua ahli pemaju pusat. Kedua-dua kumpulan berpisah pada 17 Ogos 2005. Miro Corporation menubuhkan sebuah yayasan dengan tujuan untuk menaja projek itu dan melindunginya daripada tindakan undang-undang. Pasukan pembangunan mendakwa bahawa banyak struktur yayasan berkenaan melanggari perjanjian yang dibuat oleh Jawatankuasa Mambo yang dilantik. Mereke juga mendakwa kurangnya perbincangan dengan pemegang saham utama dan melanggari nilai-nilai asas Sumber Terbuka.

Pasukan pembangunan mencipta sebuah laman web yang dipanggil OpenSourceMatters untuk mengedarkan maklumat kepada para pengguna, pemaju, pereka web dan komuniti secara amnya. Ketua projek pada waktu itu, Andrew Eddie, juga dikenali sebagai "MasterChief," menulis sepucuk surat terbuka kepada komuniti, yang mucul di papan pemberitahuan di forum awam di mamboserver.com.


Menjelang keesokkan hari, 1000 orang telah menyertai laman forum opensourcematters.org dengan kebanyakan mesej menunjukkan perkataan-perkataan semangat dan galakan kepada Pasukan Pembangunan. Laman web berkenaan menerima komen dan artikel berita berhubung peristiwa berkenaan di newsforge.com, eweek.com, and ZDnet.com. CEO Miro, Peter Lamont, memberi respon awam di dalam artikel bertajuk Kontroversi Sumber Terbuka - 20 Soalan Bersama Miro.

Peristiwa ini telah mengakibatkan komuniti sumber terbuka berfikir semula tentang apa tafsiran "Sumber Terbuka". Laman-laman forum di kebanyakan projek sumber terbuka dibanjiri dengan mesej-mesej menyokong dan menentang tindakan kedua-dua pihak berkenaan. Khabar-khabar angin dan tuduhan tentang kesilapan yang dilakukan oleh Miro dan Yayasan Mambo mula menjadi hangat.

Dalam masa dua minggu selepas pengumuman Eddie, pasukan-pasukan mula disusun semula dan komuniti ini mula tumbuh. Pada 1 September 2005 nama baru diumumkan dengan sambutan berbeza oleh 3000+ penyokong setia Pasukan Pembangunan.

KANDUNGAN JOOMLA!

Pakej Joomla mengandungi pelbagai bahagian berbeza yang dibina untuk menjadi sebagai sebuah modular jika boleh. Hal ini akan membolehkan peralatan tambahan dan integrasi dijalankan dengan senang. Satu contoh berkenaan ialah sejenis benda yang dipanggil "Bot". Bots ialah sebuah modul yang jika diaktifkan boleh menambahkan fungsi Joomla. WikiBot, sebagai contoh, membolehkan pengarang kandungan Joomla menggunakan "Wikitags" dalam artikel-artikel Joomla, yang akan membina secara automatik pautan-pautan ke artikel-artikel Wikipedia apabila artikel ini diterbitkan. Beratus-ratus peralatan tambahan untuk Joomla juga dapat diperolehi melalui Direktori Peralatan Tambahan

KOMUNITI

Joomla! mengekalkan komuniti aktif yang rasmi dan tidak rasmi. Terdapat lebih 100,000 tajuk forum, 500,000 pos daripada 60,000 ahli dalam 40 buah bahasa.Laman-laman tidak rasmi diterbitkan dalam bahasa-bahasa berbeza terutamanya dengan peralatan tambahan Joomla! yang spesifik kepada sesetengah kawasan. Sebagai contoh, teks-teks sampingan yang menyokong penggunaan Abjad Ibrani dan Abjad Arab dapat ditemui di laman komuniti pihak ketiga. Pemaju web tidak rasmi juga membina peralatan tambahan serta reka bentuk web yang dijual secara komersial. Rekaan bentuk oleh pereka web persendirian juga wujud.

SEJARAH PENGELUARAN

  • 16 September 2005: Joomla! 1.0.0 [Sunrise] dikeluarkan (penjenamaan semula keluaran Mambo 4.5.2.3 yang digabungkan dengan pembaikan keselamatan dan masalah pepijat)
  • 21 September 2005: Joomla! 1.0.1 [Sunburst] dikeluarkan (Keluaran stabil)
  • 2 Oktober 2005: Joomla! 1.0.2 [Sunset] dikeluarkan (Keluaran stabil)
  • 14 Oktober 2005: Joomla! 1.0.3 [Sunlight] dikeluarkan (Keluaran keselamatan - Pembaikan ancaman peringkat sederhana)
  • 21 November 2005: Joomla! 1.0.4 [Sundial] dikeluarkan (Keluaran keselamatan - Pembaikan ancaman peringkat kritikal)
  • 21 Disember 2005: Joomla! 1.0.5 [Sunspot] dikeluarkan (Keluaran keselamatan - Pembaikan ancaman peringkat sederhana)
  • 15 Januari 2006: Joomla! 1.0.6 [Sunscreen] dikeluarkan (Keluaran keselamatan - Pembaikan ancaman peringkat rendah)
  • 15 Januari 2006: Joomla! 1.0.7 [Sunbolt] dikeluarkan (Keluaran keselamatan - Pembaikan ancaman peringkat kritikal)
  • 26 Februari 2006: Joomla! 1.0.8 [Sunshade] dikeluarkan (Keluaran keselamatan - Pembaikan ancaman peringkat sederhana)
  • 5 Jun 2006: Joomla! 1.0.9 [Sunshine] dikeluarkan (Keluaran keselamatan - Pembaikan ancaman peringkat rendah)
  • 25 Jun 2006: Joomla! 1.0.10 [Sundown] dikeluarkan (Keluaran keselamatan - Pembaikan ancaman peringkat kritikal)
  • 29 Ogos 2006: Joomla! 1.0.11 [Sunbow] dikeluarkan (Keluaran keselamatan - Pembaikan ancaman peringkat kritikal)
  • 25 Disember 2006: Joomla! 1.0.12 [Sunfire] dikeluarkan (Keluaran stabil - Pembaikan ancaman peringkat rendah)
  • 12 Oktober 2006: Joomla! 1.5 [BETA] dikeluarkan.


No comments: